Istiqamah Dalam Menjalankan 5s
Mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan membudayakan 5S
Sepakat Membawa Berkat
Memperolehi Sijil 5S/QE Dengan 3 Bintang
Majlis Daerah Kerian komited untuk menyampaikan perkhidmatan perbandaran dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan serta pihak berkepentingan. Penyampaian perkhidmatan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan untuk menjadikan Kerian perbandaran progresif, hijau dan lestari.
Kami Anggota Kerja Majlis Daerah Kerian Dengan Sepenuh Hati Dan Seikhlasnya Berikrar:
POLISI AMALAN 5 PERLU DIFAHAMI DAN DIHAYATI OLEH SEMUA ANGGOTA KERJA MAJLIS DAERAH KERIAN IAITU SEPERTI YANG BERIKUT:
MDK Komited Untuk Meningkatkan Prestasi Kerja Cemerlang Bagi Menjadikan Jabatan Ini sebuah Organisasi Berprestij Tinggi Dengan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Berkualiti, Kondusif dan Sentiasa Melaksanakan Penambahbaikan Yang Berterusan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan Amalan 5S.
Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu warga Jabatan/Agensi bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.
Panduan Amalan 5S ini merupakan satu kaedah bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Amalan 5S dapat meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran.
Komitmen dan penglibatan warga Jabatan/Agensi dalam pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti Jabatan/Agensi.
Amalan 5S akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.
Sekian, terima kasih.
HELMI BIN YUSOF @ JUSOH A.M.P
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian
Bil. | Tajuk | Tarikh | Pautan |
1. | MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA ZON 5S MAJLIS DAERAH KERIAN BAGI TAHUN 2022 | 9 MAC 2023 | |
2. | LAWATAN SAMBIL BELAJAR AMALAN 5S KE PERPUSTAKAAN UITM CAWANGAN KEDAH | 16 MAC 2023 | |
3. | AUDIT DALAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BILANGAN SATU TAHUN 2023 | 13 MAC 2023 | |
4. | MAJLIS DAERAH KERIAN ANJUR PROGRAM JOM SANTAI BERKEBUN UNTUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR | 31 MAC 2023 | |
5. | PERTANDINGAN GERAI TERCANTIK DAN BERINFORMASI SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MAJLIS DAERAH KERIAN TAHUN 2023 | 19 MEI 2023 | |
6. | GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S MAJLIS DAERAH KERIAN SIRI KEDUA TAHUN 2023 | 8 SEPTEMBER 2023 | |
7. | AUDIT DALAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BILANGAN DUA TAHUN 2023 | 11 SEPTEMBER 2023 | |
8. | AUDIT PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) TAHUN 2023 | 18 OKTOBER 2023 | |
9. | PROGRAM PERTANIAN BANDAR | 17 NOVEMBER 2023 |
Bil. | Tajuk | Tarikh | Pautan |
1. | AUDIT PERSIJILAN QE/5S MAJLIS DAERAH KERIAN TAHUN 2022 | 13 APRIL 2022 |