Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

PEMBUDAYAAN AMALAN 5S DI MAJLIS DAERAH KERIAN

LOGO 5S

VISI

Istiqamah Dalam Menjalankan 5s

MISI

Mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan membudayakan 5S

MOTO

Sepakat Membawa Berkat

MATLAMAT

Memperolehi Sijil 5S/QE Dengan 3 Bintang

DASAR KUALITI

Majlis Daerah Kerian komited untuk menyampaikan perkhidmatan perbandaran dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan serta pihak berkepentingan. Penyampaian perkhidmatan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan untuk menjadikan Kerian perbandaran progresif, hijau dan lestari.

IKRAR AMALAN 5S

Kami Anggota Kerja Majlis Daerah Kerian Dengan Sepenuh Hati Dan Seikhlasnya Berikrar:

  • Akan Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik Dengan Mengamalkan Sistem Dan Amalan 5s Untuk Mencapai Misi Dan Visi 5s
  • Membudayakan Amalan 5s Dalam Tugas Dan Tanggungjawab Yang Diamanahkan Dengan Penambahbaikan Yang Berterusan
  • Tekadkan Usaha Serta Melaksanakan Amalan 5s Dengan Jitu
  • Tidak Bersikap Sambil Lewa Bagi Mewujudkan Suasana Kerja Yang Kondusif Dan Mesra Untuk Pelanggan Dalaman Dan Luaran
  • Bermotivasi Dan Berbangga Dengan Hasil Yang Dicapai Melalui Amalan 5s Demi Kecemerlangan Organisasi

POLISI 5S

POLISI AMALAN 5 PERLU DIFAHAMI DAN DIHAYATI OLEH SEMUA ANGGOTA KERJA MAJLIS DAERAH KERIAN IAITU SEPERTI YANG BERIKUT:

MDK Komited Untuk Meningkatkan Prestasi Kerja Cemerlang Bagi Menjadikan Jabatan Ini sebuah Organisasi Berprestij Tinggi Dengan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Berkualiti, Kondusif dan Sentiasa Melaksanakan Penambahbaikan Yang Berterusan

OBJEKTIF AMALAN 5S MDK

  • Mewujudkan Ruang Kerja Yang Kemas, Tersusun Dan Bersih.
  • Meningkatkan Kerjasama Dan Disiplin Antara Kakitangan Dalam Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawab.
  • Memastikan Keselamatan Kakitangan Dan Pelanggan Sentiasa Diutamakan.
  • Meningkatkan Mutu Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui Budaya Penambahbaikan Yang Berterusan (Kaizen).

PRAKATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan Amalan 5S.

Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu warga Jabatan/Agensi bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.

Panduan Amalan 5S ini merupakan satu kaedah bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Amalan 5S dapat meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran.

Komitmen dan penglibatan warga Jabatan/Agensi dalam pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti Jabatan/Agensi.

Amalan 5S akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.

Sekian, terima kasih.


HELMI BIN YUSOF @ JUSOH A.M.P
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian

PRAKATA

Apa Itu 5s

  • 5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Colombia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico.

  • Dasar pandang ke timur yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi impak besar amalan 5S dalam perkhidmatan awam di negara kita.

  • 5S ialah singkatan kepada perkataan Jepun iaitu:
    • SEIRI ertinya SISIH
    • SEITON ertinya SUSUN
    • SEISO ertinya SAPU
    • SEIKETSU ertinya SERAGAM
    • SHITSUKE ertinya SENTIASA AMAL

  • Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan. MPC (Malaysia Productivity Council) merupakan organisasi yang ditubuhkan, bertujuan bagi memanfaatkan 5S dilaksanakan dengan berkesan di peringkat kebangsaan.
AKTIVITI-AKTIVITI 5S TAHUN 2023
Bil. Tajuk Tarikh Pautan
1. MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA ZON 5S MAJLIS DAERAH KERIAN BAGI TAHUN 2022 9 MAC 2023

LIHAT

2. LAWATAN SAMBIL BELAJAR AMALAN 5S KE PERPUSTAKAAN UITM CAWANGAN KEDAH 16 MAC 2023

LIHAT

3. AUDIT DALAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BILANGAN SATU TAHUN 2023 13 MAC 2023

LIHAT

4. MAJLIS DAERAH KERIAN ANJUR PROGRAM JOM SANTAI BERKEBUN UNTUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR 31 MAC 2023

LIHAT

5. PERTANDINGAN GERAI TERCANTIK DAN BERINFORMASI SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MAJLIS DAERAH KERIAN TAHUN 2023 19 MEI 2023

LIHAT

6. GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S MAJLIS DAERAH KERIAN SIRI KEDUA TAHUN 2023 8 SEPTEMBER 2023

LIHAT

7. AUDIT DALAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BILANGAN DUA TAHUN 2023 11 SEPTEMBER 2023

LIHAT

8. AUDIT PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) TAHUN 2023 18 OKTOBER 2023

LIHAT

9. PROGRAM PERTANIAN BANDAR 17 NOVEMBER 2023

LIHAT

AKTIVITI-AKTIVITI 5S TAHUN 2022
Bil. Tajuk Tarikh Pautan
1. AUDIT PERSIJILAN QE/5S MAJLIS DAERAH KERIAN TAHUN 2022 13 APRIL 2022

LIHAT

  • Utama
  • Maklumat Korporat
  • Amalan 5S MDKerian
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 28/11/23 • Jumlah Pelawat : 21286989