PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MAJLIS DAERAH KERIAN 2021-2025
RINGKASAN EKSEKUTIF
Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 29 Januari 2019 dan arahan YAB Perdana Menteri Siri 2, No. 1 Tahun 2019 yang berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi. OACP merupakan sebuah dokumen dan rujukan utama Majlis Daerah Kerian (MDK) yang menggariskan tindakan yang menyeluruh dan bersepadu dalam usaha memerangi rasuah. OACP MDK 2021 - 2025 ini dibahagikan kepada empat (4) bab iaitu Pengenalan, Senario Antirasuah Masa Hadapan, Memperkasakan Usaha Pencegahan Rasuah, dan Tadbir Urus.
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Daerah Kerian 2021-2025