Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS DAERAH KERIAN ANJUR PROGRAM JOM SANTAI BERKEBUN UNTUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR 

PARIT BUNTAR, 31 Mac 2023 – Majlis Daerah Kerian meneruskan usaha melestarikan alam sekitar dengan menganjurkan program Jom Santai Berkebun di kawasan ibu pejabat Majlis Daerah Kerian. Program yang dijalankan semula pada 17 Mac 2023 adalah kesinambungan projek kebun pejabat yang terpaksa dihentikan berikutan pandemik Covid-19. Hari ini merupakan penganjuran kali kedua program ini.

Program yang dilaksanakan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Strategi 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan telah memilih untuk mengusahakan kebun pejabat yang dilaksanakan secara bergotong-royong oleh ahli-ahli zon 5S Majlis Daerah Kerian. Menggunakan pendekatan 5S iaitu susun, sisih, sapu, seragam dan sentiasa amal, program Jom Santai Berkebun dilaksanakan setiap dua minggu sekali. Lapan zon 5S dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu:

• Kumpulan 1 iaitu Kebun Herba diusahakan oleh Zon Zamrud dan Zon Delima
• Kumpulan 2 iaitu Kebun Tekoma diusahakan oleh Zon Nilam dan Zon Ametist
• Kumpulan 3 iaitu Kebun Bucida diusahakan oleh Zon Meteor dan Zon Ruby
• Kumpulan 4 iaitu Kebun Kasturi diuruskan oleh Zon Firus dan Zon Citrine

Tanaman yang ditanam di kebun-kebun ini merupakan ‘tanaman jimat belanja dapur’ seperti kantan, cili, limau kasturi, pandan, serai, bayam, sawi, kunyit, cekur manis, selom, kesum dan pelbagai lagi. Rata-ratanya ahli yang terlibat melahirkan rasa gembira apabila benih yang ditanam mulai tumbuh dan bercambah.

Projek ini telah memberikan pelbagai impak yang positif seperti:
• Berkebun merupakan satu senaman yang dapat menyihatkan badan dan mengurangkan tekanan. Pergaulan, kerjasama dan semangat berpasukan dapat dilihat daripada aktiviti yang dijalankan bersama-sama ini.
• Kelestarian alam sekitar apabila lebih banyak pokok ditanam di sekitar pejabat dan botol-botol terpakai diguna semula sebagai bekas tanaman.
• Konsep perkongsian rezeki dari hasil tanaman yang diperoleh.

PROGRAM JOM SANTAI BERKEBUN PADA 17 MAC 2023
PROGRAM JOM SANTAI BERKEBUN PADA 31 MAC 2023