Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Kaunter MDK

KAUNTER BAYARAN / KHIDMAT PELANGGAN

MDK menyediakan perkhidmatan Kaunter Bayaran yang berlokasi di Tingkat Bawah, Wisma MDK. Jadual berikut menunjukkan jadual operasi Kaunter Bayaran dan Kaunter Perkhidmatan Bersepadu:

HARI KAUNTER WAKTU URUSAN WAKTU REHAT
Isnin – Khamis Kaunter Bayaran 8.00 pg – 4.30 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg
Jumaat Kaunter Bayaran 8.00 pg – 4.30 ptg 12.15 tgh – 2.45 ptg
Isnin – Khamis Kaunter Perkhidmatan Bersepadu 8.00 pg – 5.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg
Jumaat Kaunter Perkhidmatan Bersepadu 8.00 pg – 5.00 ptg 12.15 tgh – 2.45 ptg

KAUNTER BERGERAK

Kaunter Bergerak MDK adalah satu inisiatif yang ditawarkan kepada masyarakat. Ia bertujuan bagi memudahkan masyarakat menjelaskan cukai taksiran dan memperbaharui lesen perniagaan. Kaunter Bergerak MDK akan berada di kawasan yang jauh dari MDK. Kaunter Bergerak MDK kebiasaannya akan beroperasi pada bulan Februari setiap tahun mengikut keperluan dan jadual yang dikemaskini oleh pihak Majlis.