Maklumat Cukai Taksiran
- Kaunter Hasil, Majlis Daerah Kerian
- Kaunter Pandu Lalu, Wisma Mdk
- Kaunter Bergerak
- Gerbang Pembayaran Dalam Talian, Majlis Daerah Kerian
- Sistem PBTPay
- Aplikasi SnapNPay
- Perbankan Internet
Bil Cukai Taksiran dikehendaki bayar seawal-awalnya pada 1 Januari untuk penggal pertama dan 1 Julai untuk penggal kedua. Sekiranya pembayar-pembayar Cukai Taksiran tidak menerima bil, maka pembayar-pembayar Cukai Taksiran bolehlah datang ke Majlis Daerah Kerian untuk mendapatkan bil salinan atau pun mencetak sendiri dari Gerbang Pembayaran Atas Talian (https://ebayar.mdkerian.gov.my).
Kaedah pembayaran bil Cukai Taksiran masih dikekalkan dalam 2 cara iaitu pembayaran setengah tahun atau pembayaran setahun.
Tempoh pembayaran bil Cukai Taksiran adalah seperti berikut:
♦ Setengah Tahun Pertama – Januari – Februari
♦ Setengah Tahun kedua – Julai – Ogos
MDK juga telah mengambil satu lagi langkah Kaedah Cara Bayaran iaitu melalui Kaunter Bergerak. Jadual yang telah ditetapkan akan dimaklumkan di Laman Portal Rasmi dan Facebook Rasmi Majlis Daerah Kerian.
Kaunter Hasil
Isnin sehingga Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4. 00 petang
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang – 4.00 petang
- Bayaran melalui cek, bank draf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dipalang dan dibuat atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Sila tulis nama, alamat, no akaun harta dan no telefon di belakang cek.
- Bayaran melalui Kad kredit juga boleh dibuat.
BIMB* ,Bank Rakyat*, BSN, CIMB**, Maybank2u**
*Bayaran melalui kaunter & perbankan Internet
** Perbankan Internet sahaja
28 Feb : Setengah Tahun Pertama
31 Ogos : Setengah Tahun Kedua
Pemilik bertanggungjawab memastikan bil diterima dan dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan. Pemilik yang tidak menerima bil, boleh menghubungi Majlis Daerah Kerian untuk mendapatkan salinannya.
Dibawah seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Jika cukai taksiran harta tidak dibayar pada akhir bulan Februari / Ogos, Pemunya adalah bertanggungjawab membayar cukai taksiran harta beserta caj bayar lewat.
Kadar Caj Bayaran Lewat
Jumlah Wang Yang Belum Dibayar | Bayaran Yang Kena Dibayar |
Sekyesn 147(1) | |
Tidak Melebihi RM 200.00 | RM 20.00 |
Melebihi RM 200.00 | RM 30.00 |
Melalui: -
- Gerbang Pembayaran Dalam Talian Majlis Daerah Kerian – https://ebayar.mdkerian.gov.my
- PBTPAY: https://pbtpay.kpkt.gov.my
- JOMPAY
-
- BILLER CODE 1 (49361)
- BILLER CODE 2 (NO. AKAUN TAKSIRAN ANDA
MAKLUMAT LANJUT DAN ADUAN
-
Hotline : 05-716 1228
-
Faks : 05-716 9268
-
Email : aduan[at]mdkerian.gov.my
-
Surat Menyurat : No 1, Wisma MDK, Jalan Padang, 34200, Parit Buntar
-
Laman Web : www.mdkerian.gov.my
-
Kaunter : Kaunter Khidmat Pelanggan Majlis Daerah Kerian
Makluman
MULAI TAHUN 2022 TIADA LAGI PENGEPOSAN BIL CUKAI TAKSIRAN PEMBAYARAN SECARA ONLINE ADALAH DIGALAKKAN