Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

AUDIT DALAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BILANGAN SATU TAHUN 2023

Pasukan audit dalam 5S telah melaksanakan Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada 13 Mac 2023 bagi menilai keberkesanan amalan 5S di pejabat Majlis Daerah Kerian. Pasukan audit terdiri daripada 13 orang dipecahkan kepada enam kumpulan bagi menyemak enam indikator 5S iaitu:

Indikator 1 - Keperluan utama pelaksanaan
Indikator 2 - Ruang pejabat
Indikator 3 - Bahagian Operasi
Indikator 4 - Tempat simpanan/ bilik AHU
Indikator 5 - Tempat umum
Indikator 6 - Kawasan Persekitaran

Kesemua lapan zon iaitu zon Ametist, Citrine, Delima, Firus, Meteor, Nilam, Ruby, Zamrud termasuk tempat umum dan kawasan persekitaran Majlis Daerah Kerian telah dinilai oleh pasukan juruaudit ini. Audit yang bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada jam 12.00 tengah hari.