Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Tempat Letak Kereta

TEMPAT LETAK KERETA BERKUPON

Majlis Daerah Kerian telah melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Berkupon mulai 1 Mac 2010, bagi menggantikan Sistem Parkir Bermeter yang telah tamat kontrak pada 31 Januari 2009. Kupon Tempat Letak Kereta ini boleh didapati di Majlis Daerah Kerian dan juga daripada ejen-ejen sah yang telah dilantik oleh Majlis Daerah Kerian di seluruh kawasan Parit Buntar. Untuk menyemak senarai ejen-ejen jualan kupon yang sah


PELAKSANAAN PARKING BERKUPON

Kawasan yang terlibat: PARIT BUNTAR SAHAJA


KADAR BAYARAN KUPON

  • Setengah Jam = RM0.30

  • 1 Jam = RM0.60

  • 1 Hari = RM4.00


PAS BULANAN

Pas Bulanan disediakan untuk kemudahan pengguna yang menggunakan tempat letak kereta pada setiap hari. Untuk pengguna Pas Bulanan, satu stiker bulanan akan diberikan. Pas bulanan boleh diperolehi di Unit Tempat Letak Kereta, MDK.

*Harga untuk Pas Bulanan ialah: RM60.00


WAKTU OPERASI

Isnin – Sabtu : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin – Sabtu : 7.00 pagi hingga 5.00 petang (Hanya kawasan Medan Pasar Pusat Bandar)
Ahad & Kelepasan Am : Dikecualikan.


PERHATIAN

Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan berbayar MDK, perlulah mempamerkan kupon yang telah digores dengan betul dan meletakkan diatas ‘Dashboard pemandu' manakala pengguna pas bulanan perlulah melekatkan sticker bulanan pada cermin hadapan sebelah kanan pemandu.

Alternatif Pembayaran Caj Letak Kereta Melalui Telefon Pintar. Kini anda boleh membayar caj letak kereta anda melalui aplikasi ini tanpa menggunakan kupon letak kereta sedia ada di SELURUH PERAK bermula 1 JANUARI 2019.

MUAT TURUN SEKARANG

Untuk Peranti Android Dan iOS!