TEMPAT LETAK KERETA BERKUPON
Majlis Daerah Kerian telah melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Berkupon mulai 1 Mac 2010, bagi menggantikan Sistem Parkir Bermeter yang telah tamat kontrak pada 31 Januari 2009. Kupon Tempat Letak Kereta ini boleh didapati di Majlis Daerah Kerian dan juga daripada ejen-ejen sah yang telah dilantik oleh Majlis Daerah Kerian di seluruh kawasan Parit Buntar. Untuk menyemak senarai ejen-ejen jualan kupon yang sah
PELAKSANAAN PARKING BERKUPON
Kawasan yang terlibat: PARIT BUNTAR SAHAJA
KADAR BAYARAN KUPON
-
Setengah Jam = RM0.30
-
1 Jam = RM0.60
-
1 Hari = RM4.00
PAS BULANAN
Pas Bulanan disediakan untuk kemudahan pengguna yang menggunakan tempat letak kereta pada setiap hari. Untuk pengguna Pas Bulanan, satu stiker bulanan akan diberikan. Pas bulanan boleh diperolehi di Unit Tempat Letak Kereta, MDK.
*Harga untuk Pas Bulanan ialah: RM35.00
WAKTU OPERASI
Isnin – Sabtu : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin – Sabtu : 7.00 pagi hingga 5.00 petang (Hanya kawasan Medan Pasar Pusat Bandar)
Ahad & Kelepasan Am : Dikecualikan.
PERHATIAN
Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan berbayar MDK, perlulah mempamerkan kupon yang telah digores dengan betul dan meletakkan diatas ‘Dashboard pemandu' manakala pengguna pas bulanan perlulah melekatkan sticker bulanan pada cermin hadapan sebelah kanan pemandu.