Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

PROGRAM BANK MAKANAN MAJLIS DAERAH KERIAN

Sempena Ramadan Al-Mubarak, Jawatankuasa Kerja Strategik (SDG) Komuniti dan Ekonomi Majlis Daerah Kerian (MDK) telah menganjurkan Program Bank Makanan yang mengumpulkan barangan makanan kering dan diedarkan kepada yang berkeperluan. Sumbangan telah diterima daripada anggota kerja dan juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kerian. Pengurusan MDK seterusnya bersetuju untuk mengedarkan makanan kering yang disumbangkan kepada 10 orang pesara yang terpilih. Puan Setiausaha Majlis Daerah Kerian juga berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan tersebut.