Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS PELANCARAN INDEKS DAYA HUNI MALAYSIA (iDAM)

Pada 18 Ogos 2022 bertempat di Hotel Zenith Putrajaya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia telah melancarkan Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) yang telah dirasmikan oleh Menteri KPKT YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

Sempena pelancaran tersebut, buat julung kalinya telah diadakan sesi penyampaian Sijil Penghargaan Bandar Paling Berdaya Huni 2021. Pengukuran ini adalah berdasarkan enam (6) Kriteria Utama (KU) dan 23 indikator melalui Sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar (MURNInets). Majlis Daerah Kerian telah terpilih antara 10 bandar paling berdaya huni di Malaysia. Sijil telah disampaikan oleh Menteri KPKT dan diterima oleh Puan Setiausaha, Puan Norhafisah binti Hj. Mohammad. Turut serta hadir adalah Timb. Menteri KPKT, KSU KPKT dan KP PLANMalaysia.