Soalan Lazim Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Cukai taksiran atau cukai pintu merupakan cukai yang dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ke atas pegangan berkadar seperti Bangunan kediaman, Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Stesen Minyak), Bangunan Perindustrian (Kilang,Pencawang), Tanah Kosong (Bangunan, Perniagaan) yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kerian. Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Caruman Membantu Kadar.
Cukai ini dikenakan untuk menampung kos pengurusan sampah, pembersihan longkang, penyelenggaraan jalan-jalan PBT, penyelenggaraan lampu jalan dan lain-lain infrastruktur awam.
Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I atau Borang J (atas sebab kematian).
Borang I atau Borang J boleh didapati di kaunter Kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Kerian atau boleh di muat turun di laman Web Majlis Daerah Kerian.
Setiap proses pindah milik akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00.
Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah :-
- Borang pemohonan pindah milik.
- Salinan Geran / surat perjanjian jual beli/ surat akaun sumpah
- Salinan Kad Pengenalan pemilik baru.
- Bayaran proses RM 20.00.
Urusan pindahmilik pegangan boleh dibuat di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Kerian.
Pulangan Balik Cukai Taksiran (remisi) adalah dimana pemilik bangunan boleh memohon untuk mendapatkan semula cukai taksiran yang telah dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya bangunan yang dimiliki itu kosong dan untuk disewa atau dijual.
1. Bangunan tersebut hendaklah kosong dan untuk disewa / dijual.
2. Memberi notis bertulis sebaik sahaja premis menjadi kosong dan untuk disewa atau mengisi ‘Borang Permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran’ yang boleh
3. Bayaran cukai taksiran bagi tahun dituntut mestilah dijelaskan terlebih dahulu dan tidak ada tunggalan.
4. Usaha-usaha untuk mendapatkan penyewa / pembeli telah dijalankan dan mesti dibuktikan seperti berikut:-
-
- Mengadakan pelekat / papan tanda berukuran 40 cm X 30 cm untuk setiap harta yang dibuat permohonan rebet. Pemilik perlu menyatakan butir-butir seperti nama, alamat dan no. Tel didalam iklan tersebut dan ditampal ditempat yang mudah dilihat. Foto yang menunjukkan paparan papan tanda ‘UNTUK DIJUAL/DISEWA’ hendaklah disertakan bersama borang permohonan.
- Mengiklankan kekosongan didalam akhbar (Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris) sebanyak dua kali dalam setahun (resit bayaran iklan hendaklah disertakan bersama borang permohonan).
- Melantik agen hartanah untuk mendapatkan penyewa (surat lantikan hendaklah disertakan bersama borang permohonan)
5. Bangunan hendaklah mempunyai sambungan bekalan elektrik dan air (bil semasa bekalan elektrik & air hendaklah disertakan bersama borang permohonan).
6. Bangunan adalah didalam keadaan baik dan layak diduduki.
7. Bagi permohonan yang melibatkan hanya sebahagian atau mana-mana tingkat bangunan yang tidak dapat disewakan, keluasan bangunan tersebut hendaklah melebihi 1000 kaki persegi dan mempunyai laluannya tersendiri.
8. Tempoh kekosongan hendaklah melebihi 1 bulan kalender dalam mana-mana penggal proses pulangan balik cukai taksiran.Contoh:- Proses pulangan balik cukai taksiran dibuat dua kali setahun
Separuh tahun pertama – 1 Jan – 30 Jun
Separuh tahun kedua – 1 Julai – 31 Dis
9. Tarikh kuatkuasa pulangan balik hasil adalah mengikut tarikh permohonan diterima oleh Majlis Daerah Kerian. Bagi pemilik yang membuat permohonan sebelum penggal proses pulangan balik hasil bermula tarikh kuatkuasa pulangan adalah pada 01 Januari / 01 Julai.
10. Tuntutan pulangan balik cukai taksiran untuk setengah tahun pertama hendaklah dituntut pada bulan Julai dan tuntutan untuk setengah tahun kedua pada bulan Januari.
11. Permohonan hanya dipertimbangkan kepada premis yang masih kosong dan untuk disewa pada setengah tahun terkini.
12. Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis sahaja yang akan diproses.
Pertukaran alamat perhubungan boleh dipohon dengan cara :
- Mengisi Borang Pemberitahuan Penukaran Maklumat ID Pelanggan di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengrusan harta, Majlis Daerah Kerian.
- Menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengursan Harta di talian 057161228 samb. 122/ 123/ 160.
- Menghantar permohonan melalui email ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.