Memproses permohonan Tenemen Mineral dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran permohonan sehingga keputusan diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri;
Mendaftar dan mengeluarkan dokumen Pajakan / Lesen Mineral dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas bayaran kelulusan dijelaskan atau Pelan Akui diterima;
Memantau dan memastikan Pemegang Pajakan dan Lesen Mineral menjelaskan bayaran sewa tahunan, bayaran kumpulan wang pemulihan bersama kepada Kerajaan Negeri pada atau sebelum 31 Mei, setiap tahun;
Memantau dan memastikan Pemegang Pajakan / Lesen Mineral menjelaskan bayaran royalti sebanyak 5% daripada nilai jualan.