Memproses Permohonan Tukar Syarat di bawah Seksyen 124 & 124 (1)(c) KTN dalam tempoh 3 bulan sehingga diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri ;
Memproses Permohonan Tukar Syarat di bawah Seksyen 124A KTN (melalui Jawatankuasa Pusat Setempat – OSC) dalam tempoh 30 hari (hari bekerja) sehingga diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri;
Memproses Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah di bawah Seksyen 204D KTN (melalui Jawatankuasa Pusat Setempat – OSC) dalam tempoh 30 hari (hari bekerja) sehingga diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri. (Bagi permohonan yang dihantar ke Unit Pendaftaran untuk endosmen, tempoh tarikh diambilkira pada tarikh fail diterima daripada Unit Pendaftaran);
Memproses Permohanan Pengambilan Balik Tanah : (i) Sek 3(1)(a) dalam tempoh 2 minggu; (ii) Sek 3(1)(b)(c) dalam tempoh 3 bulan;
Memproses Permohonan :- (i) Pecah Sempadan Seksyen 137 KTN; (ii) Pecah Bahagian Seksyen 142 KTN; (iii) Penyatuan Tanah Seksyen 148 KTN; (iv) Serah Balik Kesemua Bahagian Seksyen 197 KTN; (v) Serah Balik Sebahagian Tanah Seksyen 200 KTN;
Dalam tempoh 30 hari (hari bekerja) bagi kelulusan PTG (Bagi permohonan yang dihantar ke Unit Pendaftaran untuk endosmen, tempoh tarikh diambilkira pada tarikh fail diterima daripada Unit Pendaftaran), dan dalam tempoh 3 bulan bagi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. (Bagi permohonan yang dihantar ke Unit Pendaftaran untuk endosan, tempoh tarikh diambilkira pada tarikh fail diterima daripada Unit Pendaftaran).