Melaksana dan menyelenggara kerja-kerja pengindahan.
Melaksana dan menyelenggara kemudahan-kemudahan riadah / rekreasi serta landskap.
Menguruskan persiapan / hiasan / landskap dan lain-lain untuk acara rasmi di peringkat jabatan, daerah dan lain-lain.
Melaksana dan menguruskan apa-apa tindakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan taman dan kemudahan riadah / rekreasi.
Dasar Kualiti
Majlis Daerah Kerian komited untuk menyampaikan perkhidmatan perbandaran dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan serta pihak berkepentingan. Penyampaian perkhidmatan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan untuk menjadikan Kerian perbandaran progresif, hijau dan lestari.