Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Informasi Terkini

UCAPAN TAHUN BARU 2025 YANG DIPERTUA

Tahun 2024 baru sahaja berlalu, kita telah hadapi pelbagai cabaran dan juga menuai beberapa kejayaan. Semoga kejayaan yang dicapai dijadikan ‘benchmark’ untuk mendepani tahun 2025 manakala kelemahan dijadikan pengalaman dan pedoman untuk mencorak langkah yang lebih berkesan di tahun 2025.

TERIMA KASIH kepada Ahli-ahli Majlis dan Pegawai-pegawai yang telah bergerak sebagai satu pasukan dan telah memberi komitmen pada tahun 2024. Semoga di tahun 2025 ini seluruh warga kerja serta Ahli Majlis dapat meletakkan azam dan semangat baru untuk menjadikan KERIAN MAJU, MAKMUR DAN HARMONI.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2025.

Ikhlas Daripada
Tuan Helmi Bin Yusof @ Jusoh P.C.M,A.M.P.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian.