Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Informasi Terkini

PERTANDINGAN LANDSKAP KATEGORI RUMAH KEDIAMAN DALAM TAMAN PERUMAHAN DI MUKIM PARIT BUNTAR & BAGAN SERAI MAJLIS DAERAH KERIAN 2021

landksp

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN LANDSKAP KATEGORI RUMAH KEDIAMAN DALAM TAMAN PERUMAHAN DI MUKIM PARIT BUNTAR & BAGAN SERAI MAJLIS  DAERAH  KERIAN  2021

1. Penyertaan dibuka kepada Kategori Rumah Kediaman Dalam Taman Perumahan Di Mukim Parit Buntar & Bagan Serai serta yang membayar cukai taksiran dan tiada tunggakan cukai sahaja

2. Tempoh pertandingan adalah sehingga 30 NOVEMBER 2021 dan tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah sebelum atau pada 30 NOVEMBER 2021 jam 12.30 tengahari.

3. Borang dan penyertaan adalah percuma dan boleh didapati secara dalam talian di pautan https://forms.gle/quuv5w4inoxktqVB8 atau mengimbas kod QR yang terdapat pada poster yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian dengan mengisi keterangan serta memuatnaik 5 keping gambar dalam bentuk format JPEG atau PDF

Kriteria yang dinilai untuk pemarkahan adalah berdasarkan kepada:-
4.1. Rekabentuk Landskap – ( 30 % )
konsep perancangan, penggunaan ruang, identiti, pemilihan tanaman, elemen arca dan landskap kejur, penggunaan bahan serta kreativiti.
4.2 Penyelenggaraan Landskap – ( 20 % )
Kesuburan dan perawatan tanaman serta penjagaan landskap kejur.
4.3 Tanaman Kebun (Edible Landscape) – ( 20% )
tanaman yang mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.
4.4 Kebersihan dan Keindahan – ( 30% )
Keadaan dalaman / halaman / luar pagar, kawalan kebersihan.

5. Penyertaan akan dinilai oleh panel hakim yang dilantik oleh urusetia dan akan diadakan pada bulan DISEMBER 2021. Keputusan panel hakim dan jawatankuasa pertandingan adalah MUKTAMAD.

6. Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi:-

Urusetia,
Pertandingan Landskap Tahun 2021
Jabatan Perancangan Bandar & Landskap,
Majlis Daerah Kerian,

Tel : 05-7161228
Fax : 05-7169268

a. En. Muhammad Faizal bin Mat Nun
b. Pn. Rohaima bt. Abdul Rashid

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 06/12/21 • Jumlah Pelawat : 21286934