Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

SESI JUALAN LELONGAN AWAM (LEMBU)

9 November 2023 – Majlis Daerah Kerian telah mengadakan sesi jualan lelongan awam melibatkan seekor lembu betina yang disita akibat kecuaian pemilik/ penternak yang tidak bertanggungjawab membiarkan haiwan tersebut berkeliaran di kawasan awam. Sesi ini diadakan pada pukul 10.30 pagi di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Kerian melibatkan tujuh orang pembida.

Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (Majlis Daerah Kerian) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

Majlis Daerah Kerian akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, Majis Daerah Kerian memohon kerjasama semua pemilik/ penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.

JAGA DAN TERNAKLAH LEMBU DENGAN BAIK DAN PASTIKAN HAIWAN TERNAKAN INI TIDAK MENDATANGKAN KACAU GANGGU