Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (HLN2023)

Sambutan HLN2023 dengan tema “Landskap Berkualiti Malaysia Madani” telah berlangsung mulai 10 hingga 12 Mac 2023 dengan upacara perasmian oleh YAB. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac. Turut mengiringi bersama, YB. Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Bandar serta Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari acara seperti pameran Laman PBT Perak serta agensi, jualan landskap, forum bandar hijau dan demonstrasi bunga.

Turut memeriahkan sambutan adalah pesta kopi dan trak makanan, buskers semi akustik, aktiviti kebudayaan dan komuniti, sukan rakyat dan banyak lagi pelbagai aktiviti menarik disediakan bertempat di Laman Sejahtera, Taman DR Seenivasagam, Ipoh, Perak.

Majlis Daerah Kerian turut menyertai pameran Laman PBT Perak dengan segala persiapan dan persediaan bermula 06 hingga 09 Mac 2023. Laman Madani Majlis Daerah Kerian berkonsepkan 3K iaitu KEMAMPANAN, KECERIAAN DAN KEBUDAYAAN yang menerapkan ciri-ciri daya cipta dan penggunaan bahan semulajadi. Turut menonjolkan imej tempatan iaitu suasana yang terdapat di kampung dengan ciri-ciri tradisi masyarakat etnik banjar.