Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

PROGRAM PLOGGING DAN 10K LANGKAH

13 November (Sabtu) - Program Plogging dan 10K Langkah telah diadakan di Pantai Ban Pecah, Tanjung Piandang. Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Ybhg. Dato’ Muhamad Bin Musa. Majlis turut dihadiri Tuan Helmi Bin Yusof@Jusoh (Yang Dipertua MDKerian),Puan Norhafisah Binti Hj. Mohamad (Setiausaha Majlis), Ketua-ketua Jabatan,Penghulu Mukim Tg. Piandang, JPKK ,anggota kerja MDK, dan orang-orang awam.

Aktiviti plogging merupakan jogging sambil mengutip sampah dan  program ini dijalankan di sepanjang laluan Pantai Ban Pecah. Tujuan utama program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya kepada peniaga serta pengunjung dalam menjaga kebersihan kawsan berkenaan.

plogging
plogging
plogging
plogging
plogging
plogging
plogging
plogging
plogging