Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN MAJLIS DAERAH KERIAN SIRI 1 TAHUN 2023 & PENGHARGAAN PASUKAN KOIR MDK

Pada 3 dan 4 Februari 2023 seramai 20 orang anggota kerja khusus kepada ahli pasukan koir Majlis Daerah Kerian telah berjaya menghadiri program pengukuhan pasukan di Teluk Bahang Pulau Pinang. Program ini juga untuk memberi penghargaan kepada pasukan koir yang telah merangkul tempat ketiga dalam Festival Koir Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Negeri Perak tahun 2022.
Program ini telah diadakan di Noray Homestay, Teluk Bahang dan aktiviti extreme di Escape Pulau Pinang pada 4 Februari 2023.
Pelbagai aktiviti menarik dan penuh pengisian telah dijalankan sepanjang dua hari itu antaranya aktiviti solat berjemaah, memasak secara bergotong-royong, BBQ dan mengemas tempat penginapan secara bergotong-royong, permainan sukaneka seperti futsal pantai dan belon beracun, pengucapan awam dan aktiviti riadah dan aktiviti lasak secara berkumpulan di dalam Escape Theme Park.
Setiausaha Majlis Daerah Kerian merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MDK, Puan Norhafisah binti Haji Mohamad telah hadir pada sesi malam bagi menyampaikan amanat dan penghargaan mewakili pihak pengurusan dan menyampaikan saguhati kepada dua peserta yang terlibat dalam sesi pengucapan awam.
Setiap peserta yang berjaya dalam aktiviti yang dijalankan telah menerima hadiah atau saguhati. Pada penghujung program ini, semua peserta telah dikalungkan dengan pingat sebagai simbol telah berjaya melaksanakan aktiviti di dalam taman tema tersebut.