Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

"KEMPEN PENGHIJAUAN KERIAN"
PROGRAM PENANAMAN POKOK & PENGINDAHAN KAWASAN BERSAMA KOMUNITI RAKAN TAMAN GUNUNG SEMANGGOL

11 JUN - Program Penanaman Pokok & Pengindahan Kawasan Bersama Komuniti Rakan Taman merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Landskap Negara di bawah KPKT bagi menggalakkan komuniti masyarakat untuk aktif serta menyumbang tenaga dan idea dalam melaksanakan program-program berbentuk kemasyarakatan, rekreasi serta pengindahan kawasan lapang, taman-taman awam dan juga persekitaran dalam sesebuah taman perumahan. Objektif program adalah mengubah persekitaran kejiranan perumahan awam kepada persekitaran yang indah, mewujudkan kawasan kejiranan yang selamat, bersih dan indah secara mampan serta perasaan cintakan kejiranan di kalangan penduduk setempat. Selain itu, program ini juga menggalakan penyertaan agensi kerajaan persekutuan / negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok. Satu sesi taklimat serta Kempen kitar semula juga dilaksanakan pada program berkenaan oleh pihak konsesi Maju Perak Sdn. Bhd.Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis MDKerian Clr. Encik Mohd Shukri bin Abu Hassan mewakili Tuan Yang Dipertua Majlis. Program turut dihadiri Puan Norhafisah binti Mohamad Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Penghulu Mukim Gunung Semanggol, pengerusi dan penduduk Taman Semanggol Permai, Taman Semanggol Aman, Taman Semanggol Sentosa, Pusat Digital Semanggol, kariah dan badan khairat Masjid Ar Rahmahiah serta warga kerja Majlis Daerah Kerian.