Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

"KEMPEN PENGHIJAUAN KERIAN"
PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA KOMUNITI

17 JUN – Satu program penanaman bakau telah dilaksanakan di Kawasan tapak tanamhasil bakau, kompartment 3, Hutan Simpan Sungai Selinsing dimana program ini turut melibatkan komuniti setempat serta pelajar sekolah berhampiran. Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Tuan Helmi bin Yusof @ Jusoh dan turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Perhutanan Daerah Larut Matang & Selama, Pengerusi Komuniti Kampung, guru-guru serta anggota kerja Majlis