Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA PERINGKAT KEBANGSAAN BERSEMPENA HARI DENGGI ASEAN

Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes peringkat kebangsaan bersempena Hari Denggi Asean anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kerian telah dijalankan pada 25 Jun 2023. Program ini telah diadakan di Balai Bomba Sukarela, Kuala Kurau dan dihadiri oleh pelbagai agensi termasuk Majlis Daerah Kerian. Program gotong-royong ini bertujuan untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti bekas plastik yang mampu menakung air.