Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

8 November 2022 - Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, telah disempurnakan oleh YBhg Datuk M Noor Azman bin Taib , Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Tema sambutan tahun ini adalah "Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapan". Sempena sambutan tersebut, Majlis Daerah Kerian telah menerima sijil penghargaan atas penganugerahan Bandar Mampan Terbaik 2022 (tempat ke-3) yang disampaikan oleh YBhg. Datuk KSU KPKT. Sijil penghargaan tersebut telah diterima oleh Tn Helmi bin Yusof@Jusoh, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Turut hadir sama YB Dato' Ahmad Suadi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan TPr Dr. Alias Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.