Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS PERASMIAN STADIUM MINI BAGAN SERAI DAN KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN

19 Julai – Majlis Perasmian Stadium Mini Bagan Serai dan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kerian bagi tahun 2022 telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Sham bin Mat Sahat, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak merangkap ADUN Alor Pongsu. Kejohanan olahraga kali ke-55 ini diadakan selama 3 hari bermula dari 19-21 Julai 2022. Majlis dimeriahkan dengan perarakan perbarisan sebanyak 70 buah sekolah rendah serta larian obor yang diketuai oleh Encik Mohd Zaki bin Sadri, bekas jaguh lompat jauh dan lompat kijang negara yang berasal dari Tanah Kebun, Parit Buntar.


Turut sama hadir dalam majlis perasmian ini YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamahri EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kuala Kurau; YB Encik Mohd Noor Bin Dawoo ADUN Selinsing; YB Encik Hasnol Zulkarnain Bin Abdul Munaim ADUN Titi Serong; YBhg. Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indra, Ahmad Razif bin Dato’ Seri Mohamad Zulkifli Orang Besar Jajahan Kerian; Encik Helmi bin Yusof Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian; Superitendan Marzuki bin Mat Ketua Polis Daerah Kerian, Encik Zolkefli bin Jamaluddin Timbalan PPD Pembangunan Bakat Murid dan Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak.