Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN LANDSKAP KATEGORI RUMAH KEDIAMAN DALAM TAMAN PERUMAHAN DAERAH KERIAN TAHUN 2021

Program PERTANDINGAN LANDSKAP KATEGORI RUMAH KEDIAMAN DALAM TAMAN PERUMAHAN MAJLIS DAERAH KERIAN 2021 merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) dan dikelolakan oleh Jabatan Perancang Bandar & Landskap. Tujuan penganjuran program ini untuk menggalak dan meningkatkan kesedaran masyarakat khusus kepada penghuni kediaman untuk menjaga kebersihan dan mencantikkan kawasan masing-masing.

Lawatan penilaian serta pemarkahan telah dibuat pada 15 Disember 2021 oleh panel hakim yang dilantik bagi penentuan kelayakan di tempat Johan, Naib Johan ataupun Ketiga dalam kategori yang dipertandingkan dengan menggunakan rating peratusan markah seperti berikut sebagai penanda aras bagi penentuan kelayakan iaitu:

  • A : 80% hingga 100% - JOHAN
  • B : 60% hingga 79% - KEDUA
  • C : 50% hingga 59% - KETIGA

Pada 30 Disember 2021 (Khamis) , Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang mengikut kategori yang telah dipertandingkan.

BILKATEGORI RUMAH/NAMATEMPAT
1
BANGLO / RUMAH SESEBUAH 

1. YUSDI BIN MD YUSOFF (No: 56, Jala n Mekar 2, Taman Desa Mekar)

  • KEDUA

2
SEMI-D / BERKEMBAR

1. ABDUL HALIM BIN ABAS (No: 7, Jalan Teratai 1, Taman Pongsu Teratai)

  • PERTAMA

2. AZLAN BIN IDRUS (No: 12, Lintang Sentosa 3, Taman Kurau Sentosa)

  • KEDUA
3
TERES

1. MAZIAH BINTI BASRI (No: 31, Jalan Permai 1, Taman Semanggol Permai)

  • KEDUA

2. ABDUL HALIM BIN ABAS (No: 36, Jalan Perdana 1/14, Taman Serai Perdana)

  • KEDUA