Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS DAERAH KERIAN TERIMA SIJIL PENGHARGAAN UNTUK PENGAUDITAN NILAI TAHUN 2022

20 Julai 2023, IPOH – Majlis Daerah Kerian menerima sijil penghargaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kerana berjaya melaksanakan Pengauditan Nilai bagi tahun 2022 dengan memperolehi markah sebanyak 85.58%.

Sijil ini disampaikan oleh Encik Mohd Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kepada Encik Mohamad Syahrul Asraf bin Osman yang mewakili pengurusan Majlis Daerah Kerian dalam satu majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua jabatan kerajaan negeri dan daerah yang berjaya melaksanakan audit nilai tersebut.

Terdahulu, seramai lima orang pegawai Majlis Daerah Kerian telah mendengar Taklimat Penyelarasan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) tahun 2023 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang disampaikan oleh Puan Lau Pek Jin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.