Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS DAERAH KERIAN SERTAI PERTANDINGAN KOIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK TAHUN 2023

26 Oktober 2023 - Sebanyak 10 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Daerah Kerian telah menyertai Pertandingan Koir Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak tahun 2023 yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak bagi merebut Piala YAB Menteri Besar Perak.

Pertandingan ini merupakan pertandingan ketiga di peringkat negeri yang disertai oleh Majlis Daerah Kerian; kali pertama pada tahun 2012 dan kali kedua pada tahun 2022. Pada tahun ini, pasukan koir Majlis Daerah Kerian mempertandingkan lagu Setangkai Mawar bagi kategori patriotik dan Cindai bagi kategori viral.

Pasukan koir MDK yang disertai seramai 30 orang ini dan diketuai oleh Encik Mohamad Hafiz bin Yahya telah menerima sijil penyertaan daripada Setiausaha Bandaraya Tuan Ahmad Munir bin Ishak.

Adat pertandingan, biarpun gagal meraih tempat terbaik, namun pasukan koir Majlis Daerah Kerian telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang terbaik bagi menyertai dan menjayakan pertandingan ini.