Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS DAERAH KERIAN MEMBENTANGKAN PROJEK INOVASI BAGI KATEGORI ANUGERAH INOVASI TERBUKA (AI TERBUKA) DAN BAGI KATEGORI ANUGERAH INOVASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (AIPBT) PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023

IPOH, 4 September 2023 – Pada hari ini Majlis Daerah Kerian melalui Kumpulan Thumbs Up dan Kumpulan Digit telah membentangkan projek inovasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Kumpulan Thumbs Up yang diketuai oleh Cik Rose Aniza binti Sadri membentangkan projek inovasi Sistem Tuntutan Rawatan Perubatan (e-Klinik) bagi kategori Anugerah Inovasi Terbuka (AI Terbuka) manakala Kumpulan Digit yang diketuai oleh Encik Mahzan bin Morat membentangkan projek inovasi Pengurusan Hasil di Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kerian bagi kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT).

Setiausaha Majlis Daerah Kerian Puan Norhafisah binti Haji Mohamad telah hadir di lokasi pertandingan untuk memberi sokongan kepada kedua-dua kumpulan yang bertanding ini.

Semoga kedua-dua projek inovasi ini berjaya mendapat tempat di hati juri. Insya-Allah…