Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2022

29 NOVEMBER 2022 - Satu majlis pengiktirafan Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) yang dikenali sebagai Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA (MASS) 2022 telah diadakan di Hotel LaCrista, Bandaraya Melaka pada tanggal 29 November 2022 dengan bertemakan "Glitz & Glamours Purple Night". Majlis ini telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Sebanyak sepuluh  (10) buah agensi-agensi kerajaan telah layak mendapat pengiktirafan tersebut yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Yacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia (ANM). Alhamdulillah, Majlis Daerah Kerian telah berjaya dan menerima pengiktirafan SAGA selepas melalui beberapa fasa pemantauan dan pematuhan yang dikelolakan oleh para pegawai Sekretariat Pemantauan dan Pematuhan SAGA dari pelbagai agensi seperti JANM, Kementerian Kewangan dan pihak MAMPU.

Majlis penganugerahan tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa, disusuli dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah BKP dan ucapan perasmian oleh ANM serta turut diserikan dengan gimik perasmian, tayangan montaj MASS, persembahan kebudayaan dan diakhiri dengan penyampaian Plaque dan sijil pematuhan SAGA beserta sesi bergambar semua penerima bersama ANM.