Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG 2022/2023

11 Mei - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang 2022/2023 telah diadakan di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar sebagai manifestasi pengiktirafan dan penghargaan kepada anggota kerja yang telah menunjukkan prestasi Cemerlang dalam kerja yang telah diamanahkan, disamping itu untuk memberi penghargaan kepada pesara Majlis.
Seramai 17 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022 dan 15 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Manakala seramai 6 orang pesara telah di beri sijil penghargaan. Anugerah telah disampaikan oleh YB. Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang dihadiri bersama oleh En.Helmi bin Yusof @Jusoh Yang Dipertua Majlis, Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Kerian. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima yang berjaya. Semoga penghargaan ini menjadi pendorong dalam usaha meneruskan kecemerlangan dalam bidang/tugas masing-masing.