Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

LAWATAN PENILAIAN JAWATANKUASA PEMATUHAN SAGA BAGI SISTEM APLIKASI PERAKAUNAN DAN KEWANGAN MAJLIS DAERAH KERIAN

5 Oktober 2022 - Satu sesi lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS) telah diadakan pada 5 Oktober 2022. Sesi ini bertujuan bagi menilai sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diguna pakai oleh MDK terhadap pematuhan SAGA seperti yang telah digariskan melalui surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil. 3 tahun 2018. Kerajaan memutuskan bahawa sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diguna pakai oleh agensi kerajaan perlu mematuhi Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA).

Sesi ini telah dihadiri oleh para pegawai Jawatankuasa Pematuhan SAGA yang diketuai oleh Puan Anishah binti Abdul Wahid, Timbalan Pengarah, Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara, Malaysia, para pegawai Sekretariat Pematuhan SAGA, wakil dari Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Setiausaha Majlis, dan juga ahli-ahli jawatankuasa SAGA Majlis Daerah Kerian.

Agenda sesi penilaian ini adalah merangkumi pembentangan dari pihak Majlis berkaitan dengan latar belakang Majlis, latar belakang system aplikasi perakauan dan kewangan seperti modul-modul sistem kewangan utama dan sistem sokongan yang berkaitan di samping “network diagram” termasuk fizikal, logikal dan DRC. Sesi yang bermula pada jam 9 pagi telah ditamatkan sekitar jam 1 tengahari.