Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR BAGI PENGIKTIRAFAN SAGA

20 Jun 2023 -  Seramai 14 orang anggota kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah hadir ke MDK bagi satu sesi lawatan Penanda Aras bagi tujuan pematuhan pengiktirafan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA). Sesi ini bertujuan bagi berkongsi pengalaman dan perkongsian perkara berkaitan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang digunapakai oleh MDK  seperti yang telah digariskan melalui surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil. 3 tahun 2018. Kerajaan memutuskan bahawa sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diguna pakai oleh agensi kerajaan perlu mematuhi SAGA.

Agenda sesi ini adalah merangkumi pembentangan dari pihak Majlis berkaitan dengan latar belakang Majlis, latar belakang sistem aplikasi perakaunan dan kewangan seperti modul-modul sistem kewangan utama dan sistem sokongan yang berkaitan di samping “network diagram” termasuk fizikal, logikal dan DRC. Sesi yang bermula pada jam 10 pagi telah ditamatkan sekitar jam 1 tengahari.