Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

LAWATAN PASUKAN MAJLIS DAERAH KERIAN KE MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

28 Mac 2022 - Lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang diketuai oleh Setiausaha Majlis Daerah Kerian (MDK) Puan Norhafisah binti Haji Mohamad bersama Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Landskap, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan anggota kerja Majlis. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat bersama pasukan inovasi KIK EForce berkaitan projek "Drive Throw" yang mana boleh mengatasi masalah longgokan sampah dan pembuangan sampah haram. Lawatan ini disambut baik oleh Puan Setiausaha MPTI, Puan Ramdhatun Ajma binti Jemail. Selain itu, pasukan MDK juga telah melawat ke Dataran Bagan Datuk dan Pulau Bangau bagi sesi pembelajaran dalam pembangunan dan keindahan tempat-tempat ekopelancongan.