Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

Kursus Tatacara Pengurusan Buku Log

Kursus ini telah diadakan pada 1 November 2023 di Bilik Alamanda, Majlis Daerah Kerian untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pegawai kenderaan, pemandu kenderaan dan pemandu gantian tentang Tatacara Pengurusan Buku Log. Seramai 32 orang menghadiri kursus ini yang disampaikan oleh Encik Norshazmil bin Mohd Noh, Penolong Jurutera (mekanikal) dari Unit Kenderaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.