Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT YB. PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK

27 Februari 2023- Majlis Daerah Kerian amat berbesar hati kerana telah menerima kunjungan hormat daripada YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak . Kunjungan YB. Exco disambut oleh Yang Dipertua Majlis Tuan Helmi bin Yusof @ Jusoh serta Ketua-Ketua Jabatan Majlis. Kunjungan ini diadakan sempena Majlis Perakuan Penerimaan Jawatan Sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kerian dan Taklimat Pengurusan yang disampaikan oleh Puan Norhafisah binti Haji Mohamad, Setiausaha Majlis. Dalam kunjungan ini juga, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching sempat beramah mesra bersama anggota kerja Majlis Daerah Kerian.