Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

INSPEKTORAT SUSULAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN OLEH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA, IPOH

Kesinambungan daripada penganugerahan Lima Bintang kepada Majlis Daerah Kerian (MDK) di dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021, satu inspektorat susulan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Ipoh telah diadakan pada 19 Ogos 2022 (Jumaat) di Wisma MDK, Parit Buntar.

Inspektorat ini diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad Foudzli bin Abdullah – Pengarah Keselamatan Kerajaan dan dibantu oleh En. Aminudin bin Ramli – Pegawai Keselamatan Kerajaan, En Idros bin Ko – Pembantu Keselamatan Kanan serta En. Alang Nan bin Ngah Guding – Pembantu Keselamatan Kanan.

Secara kesimpulannya pasukan inspektorat amat berpuas hati dengan tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh MDK berkaitan penemuan ketika Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang telah diadakan pada tahun 2021. MDK juga akan meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 06/10/22 • Jumlah Pelawat : 21286936