Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

DUA PRODUK KIK MAJLIS DAERAH KERIAN BERJAYA DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT NEGERI

IPOH, 22 September 2022 – Dua produk inovasi yang dihasilkan oleh dua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Majlis Daerah Kerian berjaya disenaraikan untuk pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu peringkat negeri Perak tahun 2022 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Majlis Daerah Kerian yang diwakili oleh Kumpulan One-Off dan Kumpulan Meteor telah membentangkan produk inovasi Kaunter Pelbagai Guna dan Sistem Pengurusan Anjing Terbiar (MyPAL). Kumpulan yang dianggotai enam orang ahli bagi setiap kumpulan terdiri daripada anggota kerja Majlis Daerah Kerian pelbagai gred perjawatan yang diketuai oleh Haji Anas bin Dolah (KIK One-Off) dan Encik Mohamad Syahrul Asraf bin Osman (KIK Meteor).

Setiausaha Majlis Daerah Kerian Puan Norhafisah binti Haji Mohamad telah hadir di lokasi pertandingan sebagai memberi sokongan kepada kedua-dua kumpulan yang bertanding ini. Turut hadir bersama semasa sesi  pembentangan produk MyPAL, Encik Zulkarnain bin Syed Omar, Penolong Pegawai Veterinar Daerah Kerian.

Semoga kedua-dua KIK ini berjaya mendapatkan tempat di hati juri. InsyaAllah…