Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum (BPKU) telah melaksanakan Audit Pematuhan Garis Panduan Pasar Sejahtera di Pasar Sejahtera Tanjung Piandang pada 30 Ogos 2023. Seramai empat orang panel dari BPKU telah hadir bagi audit tersebut yang dimulai dengan semakan dokumen di Majlis Daerah Kerian dan seterusnya pemeriksaan tapak di Pasar Sejahtera Tanjung Piandang. Skop audit adalah merangkumi aspek reka bentuk, pengurusan, penyelenggaraan, kesihatan dan keselamatan.