Skip to main content

Aduan Integriti

Aduan Integriti

BORANG ADUAN INTEGRITI

Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang aduan integriti mengenai Majlis Daerah Kerian seperti salah laku kakitangan, kelemahan sistem dan tatacara kerja, perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa*. Aduan anda akan membantu kami untuk meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan tadbir urus di Jabatan kami.

NOTA: Maklumat peribadi dan aduan integriti yang anda laporkan akan dilindungi dan dirahsiakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)

NOTA: Sebarang pertanyaan/maklum balas berkaitan dengan laman web, sila gunakan Borang Maklum Balas yang terdapat di Laman Web Majlis Daerah Kerian

Nota: Aduan anda akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009) Rasuah

Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009)

Kanun Keseksaan Penyelewengan

Perbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) Salah guna kuasa

Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) Kelemahan sistem dan tatacara kerja

Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009]

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 Salah laku

Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23)

Baca selanjutnya: Aduan Integriti

  • Hits: 4891

Keratan Akhbar / Media Digital

KERATAN AKHBAR / MEDIA DIGITAL

TAHUN 2024

TAJUK BIL SUMBER PAUTAN
KAMERA LITAR PINTAR PANTAU INDIVIDU TAK BERTANGGUNGJAWAB BUANG SAMPAH MERATA-RATA 1

KOSMO

LIHAT
KAMERA LITAR TERTUTUP PINTAR (CCTV) 2

FACEBOOK - Sandrea Ng

LIHAT
TARIKAN UTAMA BAN PECAH, TANJUNG PIADANG 3

TIKTOK - Sandrea Ng

LIHAT

TAHUN 2023

TAJUK BIL SUMBER PAUTAN
TIADA KOMPROMI UNTUK AHLI MAJLIS PBT YANG LAKUKAN KESALAHAN 1

UTUSAN MALAYSIA

LIHAT

Baca selanjutnya: Keratan Akhbar / Media Digital

  • Hits: 7364