Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN INOVASI MALA 2.0: PIALA YB MENTERI KPKT TAHUN 2022/2023

24 JUN – Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia telah diadakan di Hatten Hotel, Melaka. Sesi penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana diiringi YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Majlis Daerah Kerian iaitu Kumpulan Meteor dan Kumpulan One-Off yang mendapat tempat ke-17 dan ke-30 daripada 69 kumpulan inovasi yang bertanding. Kedua-dua kumpulan telah menerima hadiah geran KPKT keseluruhannya berjumlah RM 50,000.00 dan wang tunai RM 1,000.00. Semoga kejayaan ini memberi impak positif terhadap penyampaian perkhidmatan terbaik Majlis Daerah Kerian.

Pada hari yang sama turut diadakan ‘Welcoming Dinner’ sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) di lokasi yang sama dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh. Turut hadir barisan exco kerajaan negeri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, barisan ahli jawatankuasa MALA, Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Setiausaha PBT se Malaysia.