Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aduan Integriti

Aduan Integriti

BORANG ADUAN INTEGRITI

Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang aduan integriti mengenai Majlis Daerah Kerian seperti salah laku kakitangan, kelemahan sistem dan tatacara kerja, perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa*. Aduan anda akan membantu kami untuk meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan tadbir urus di Jabatan kami.

NOTA: Maklumat peribadi dan aduan integriti yang anda laporkan akan dilindungi dan dirahsiakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)

NOTA: Sebarang pertanyaan/maklum balas berkaitan dengan laman web, sila gunakan Borang Maklum Balas yang terdapat di Laman Web Majlis Daerah Kerian

Nota: Aduan anda akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009) Rasuah

Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009)

Kanun Keseksaan Penyelewengan

Perbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) Salah guna kuasa

Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) Kelemahan sistem dan tatacara kerja

Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009]

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 Salah laku

Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23)

Read more …Aduan Integriti

  • Hits: 1376

Integriti MDKerian

INTEGRITI MAJLIS DAERAH KERIAN 

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MAJLIS DAERAH KERIAN 2021-2025


RINGKASAN EKSEKUTIF

Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 29 Januari 2019 dan arahan YAB Perdana Menteri Siri 2, No. 1 Tahun 2019 yang berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi. OACP merupakan sebuah dokumen dan rujukan utama Majlis Daerah Kerian (MDK) yang menggariskan tindakan yang menyeluruh dan bersepadu dalam usaha memerangi rasuah. OACP MDK 2021 - 2025 ini dibahagikan kepada empat (4) bab iaitu Pengenalan, Senario Antirasuah Masa Hadapan, Memperkasakan Usaha Pencegahan Rasuah, dan Tadbir Urus.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Daerah Kerian 2021-2025 Lihat

SALURAN ADUAN INTEGRITI


Aduan Integriti (whistle-blowing) Majlis Daerah Kerian boleh dilakukan sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai Majlis Daerah Kerian seperti kelemahan kepada sistem dan tatacara kerja, perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang menyalahi undang-undang.

Saluran Aduan Integriti ini adalah bagi memastikan pengadu dapat mengemukakan aduan integriti melalui saluran yang mesra pelanggan dan boleh dipercayai. Pengadu boleh menyampaikan aduan/ maklumat kepada Ketua Unit Integriti dan seorang Ahli Majlis yang dilantik melalui beberapa saluran seperti berikut:


Melalui telefon i.

05-716 1228 sambungan 118

Melalui Whatsapp ii.

011-6260 1228

Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) iii.

011-6260 1228

Melalui Surat iv.

Ketua Unit Integriti
Majlis Daerah Kerian
No 1, Wisma MDK
Jalan Padang
34200 Parit Buntar
Perak

Melalui e-mel v.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Melalui Borang Atas Talian vi.

BORANG ADUAN INTEGRITI

HEBAHAN POSTER PERINGATAN


  • Hebahan JAR Feb 23

  • JAR POSTER

POLISI YANG DIGUNAPAKAI DI MAJLIS DAERAH KERIAN


BIL PERKARA MUAT TURUN
1

POLISI ANTI-BRIBERY MANAGEMENTS SYSTEMS (ABMS)

MUAT TURUN
2

POLISI KONFLIK KEPENTINGAN (CONFLICT OF INTEREST)

MUAT TURUN
3

POLISI ADUAN INTEGRITI (WHISTLE-BLOWING)

MUAT TURUN
4

POLISI PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH, HOSPITALITI, SUMBANGAN DAN TAJAAN

MUAT TURUN

AKTIVITI INTEGRITI MAJLIS DAERAH KERIAN


  • TAHUN 2024

    BIL. AKTIVITI TARIKH PAUTAN
    1. MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH DAN SESI PENERANGAN SESI PENERANGAN POLISI-POLISI BERKAITAN MS ISO 37001:2016 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) KEPADA ANGGOTA KERJA BAHARU 13 MEI 2024

    LIHAT

    2. PENERANGAN DAN PENYERAHAN POLISI-POLISI SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (SPB) ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) KEPADA 8 ZON MAJLIS DAERAH KERIAN 15 MEI 2024

    LIHAT

  • TAHUN 2023

    BIL. AKTIVITI TARIKH PAUTAN
    1. MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH 08 MAC 2023

    LIHAT

    2. SESI PENURUNAN TANDATANGAN POLISI-POLISI BERKAITAN MS ISO 37001:2016 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) 07 DISEMBER 2023

    LIHAT

    3. SESI PENERANGAN DAN HEBAHAN POLISI-POLISI BERKAITAN MS ISO 37001:2016 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) 14 DISEMBER 2023

    LIHAT

  • TAHUN 2022

    BIL. AKTIVITI TARIKH PAUTAN
    1. PROGRAM PERBINCANGAN STRATEGIK SPRM PERAK BERSAMA PEGAWAI INTEGRITI LANTIKAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2022

    2. ULIAH RAMADAN: “RAMADAN MADRASAH PEMBENTUKAN JATI DIRI DAN INTEGRITI” OLEH YH DATO’ USTAZ SHARHAN BIN SHAFIE 27 APRIL 2022

    LIHAT

    3. EXECUTIVE TALK: AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN AWAM 2022

  • TAHUN 2021

    BIL. AKTIVITI TARIKH PAUTAN
    1. PELANCARAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI MAJLIS DAERAH KERIAN 24 FEBRUARI 2021

    LIHAT

Read more …Integriti MDKerian

  • Hits: 5342