Untuk mendapatkan lesen perniagaan pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan untuk membeli borang komposit lessen/penjaja/iklan dengan bayaran RM 5.00 setiap borang
Untuk mendapatkan lesen perniagaan pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan untuk membeli borang komposit lessen/penjaja/iklan dengan bayaran RM 5.00 setiap borang
Ada, borang permohonan meletak barang-barang di kaki Lima boleh didapati di Kaunter Pelesenan dengan kadar RM 5.00 dan pihak MDK mengenakan caj RM 3.00 sehari bagi penggunaan/perletakan barang-barang di kaki lima kedai
Lesen perniagaan akan tamat tempoh pada 31.12. setiap tahun.Pembaruan lesen akan bermula pada 2 Januari hingga 31 Mac setiap tahun. Sekiranya gagal tindakan denda atau kompaun akan dikenakan.
Kadar yang dikenakan ialah RM 22.00 beserta pelekat untuk pemasangan di hadapan premis perniagaan dan RM 27.00 beserta pelekat untuk pemasangan di kerangka Majlis. Manakala pemasangan bunting dikenakan bayaran RM 7.50 beserta pelekat.Pemasangan dengan kadar 20 unit keatas untuk bunting dikenakan bayaran deposit dengan kadar RM10.00 setiap satu
Iklan tersebut boleh dilihat di papan kenyataan pejabat, di Kaunter Unit Sewaan Majlis Daerah Kerian, gerai-gerai yang kosong (dilekatkan dipintu), pejabat-pejabat UMNO/ Penghulu, di dalam Laman Web Majlis Daerah Kerian dan kawasan tumpuan orang ramai.
Pihak MDK akan siasat dan pantau ke harta berkenaan untuk memastikan sama ada aduan tersebut benar atau sebaliknya. Sekiranya benar, penyewa asal dan peniaga tanpa kebenaran akan diberi Notis dan dipanggil hadir ke pejabat MDK untuk berbincang dengan pihak Majlis.
Syarat utama ialah mesti mempunyai hubungan pertalian kekeluargaan (kandung) atau waris terdekat (bagi penyewa asal yang telah meninggal dunia). Selain daripada itu, tidak diterima dan pemohonan baru perlu membuat permohonan sewaan melalui iklan kekosongan Harta Sewaan dan menghadiri temuduga sewaan