Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

TURUN PADANG PENYERAHAN JALAN UTAMA SEPANJANG 4.2KM

02 JUN 2022 (JUMAAT) - Satu perbincangan telah diadakan berkaitan penyerahan jalan oleh Pihak MK Land Holding Berhad kepada Majlis Daerah Kerian di Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis, Tuan Helmi bin Yusof@Jusoh yang turut hadir bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan, Ketua Jabatan Perancang Bandar & Landskap, Ketua Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dan Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran.
Perbincangan ini melibatkan wakil pihak MK Land Holding Berhad iaitu Tuan Haji Mustafa Kamarul Zaman bin Abu Bakar (Deputy Chief Operation Officer), Tuan Haji Mustafa Kamal bin Hawari (Senior General Manager), Tuan Haji Holil bin Dahlan (Consultant MK Land), Muhammad Izzudin bin Nor Hayuti (Technical Department) dan Sirajuddin bin Ibrahim (Property Menangement Department).
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkaitan penyerahan jalan utama sepanjang 4.2KM kepada pihak Majlis termasuk menyediakan kemudahan kutipan sampah berpusat untuk keselesaan penduduk di Bukit Merah Laketown ini.