30 Oktober 2023 (Isnin) - Unit Undang-undang Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Taklimat Pemakaian dan Penguatkuasaan Undang-undang Kecil Majlis Daerah Kerian di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) Siri 2. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Undang-undang, Puan Nurul Hidayah binti Azizan. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Melati, Majlis Daerah Kerian dengan dihadiri oleh semua anggota Penguat Kuasa Unit Operasi.