31 ORANG ANGGOTA KERJA MAJLIS DAERAH KERIAN SERTAI SESI LIBAT URUS PENANDAARASAN PELANCONGAN, TEKNIK PENYEDIAAN DOKUMENTASI AIPBT DAN PENGUKUHAN PASUKAN MAJLIS DAERAH KERIAN SIRI 2 TAHUN 2023
Seramai 31 orang anggota kerja yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan telah menyertai program Sesi Libat Urus Penandaarasan Pelancongan, Teknik Penyediaan Dokumentasi AIPBT dan Pengukuhan Pasukan Majlis Daerah Kerian siri 2 tahun 2023 yang diadakan pada 12 dan 13 Mei 2023 di Selama, Perak. Program ini diketuai oleh Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Puan Norhafisah binti Haji Mohamad.
Pada 12 Mei 2023 peserta telah menyertai program pertama yang dijalankan iaitu Selama Rafting di Hub Eko Pelancongan Sg. Siputeh. Program ini dikendali sepenuhnya oleh Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama dan Nature Eco Adventure. Pengalaman berakit di beberapa buah jeram selama lebih dua jam memberi cabaran kepada semua peserta dari segi mental dan fizikal, tambahan pula pada minit terakhir peserta dibasahi hujan yang agak lebat. Alhamdulillah, semua peserta dapat mengharungi cabaran ini dengan jayanya.
Sesi taklimat perkongsian ilmu Penyediaan Dokumentasi AIPBT merupakan program kedua yang dilaksanakan pada sebelah malamnya. Sesi perkongsian ilmu ini adalah berkaitan pelancongan dan pengurusan pakej pelancongan yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Selama. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua Majlis Daerah Selama. Puan Norhafisah binti Haji Mohamad mewakili Yang Dipertua, pengurusan Majlis Daerah Kerian dan peserta merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua, Setiausaha dan Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama kerana sudi menerima kedatangan semua peserta Majlis Daerah Kerian dan seterusnya menjadi urus setia bersama program ini.
Pada keesokan harinya, semua peserta bertolak ke Lata Puteh untuk program ketiga iaitu jungle trekking. Peserta perlu melalui denai dan sesekali menggunakan tali untuk sampai ke check point pendakian. Suasana tenang air yang mengalir, kehijauan alam serta langit membiru amat mengujakan bagi mereka yang sangat menyukai aktiviti lasak seperti ini. Tidak berada terlalu lama di situ, semua peserta dibawa ke Lata Tebing Tinggi untuk makan tengah hari dan aktiviti bebas.
SELAMA RAFTING
- TARIKH: 12 MEI 2023 (JUMAAT)
- LOKASI: SELAMA INN@RUMAH REHAT SELAMA, HUB EKO PELANCONGAN SG. SIPUTEH
SESI LIBAT URUS PENANDAARASAN PELANCONGAN DAN TEKNIK PENYEDIAAN DOKUMENTASI AIPBT
- TARIKH: 12 MEI 2023 (JUMAAT)
- LOKASI: SELAMA INN@RUMAH REHAT SELAMA
JUNGLE TREKKING LATA PUTEH
- TARIKH: 13 MEI 2023 (SABTU)
- LOKASI: LATA PUTEH, SELAMA