Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

PROGRAM KITAR SEMULA DAN E-WASTE DI TAMAN SERAI JAYA BAGAN SERAI


14 Ogos 2021 (SABTU) – Majlis Daerah Kerian telah mengadakan satu Program Kitar Semula Dan E-waste di Taman Serai Jaya Bagan Serai. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran orang awam supaya memulihara alam sekitar dengan mengasingkan sampah atau barangan yang boleh di kitar semula. Program ini juga turut disertai oleh Setiausaha MDK, Puan Norhafisah binti Mohamad, Tuan Haji Kamal Padli bin Ahmad, En. Ponazakan A/L Pushpanathan Ahli Majlis MDKerian dan  Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran En Mohd Zabidi bin Nun. Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada seluruh penduduk taman berkenaan. Barangan kitar semula dan barangan e-waste yang dikumpulkan akan ditukarkan dengan barangan keperluan makanan harian.