Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

PASUKAN KOIR MAJLIS DAERAH KERIAN RANGKUL TEMPAT KETIGA DALAM FESTIVAL KOIR PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK TAHUN 2022

MANJUNG, 20 Oktober 2022 - Penyertaan pasukan koir Majlis Daerah Kerian dalam Festival Koir Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak bagi meraih Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan tahun 2022 membawa tuah apabila pasukan koir ini berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Pasukan koir Majlis Daerah Kerian telah menyampaikan dua buah lagu iaitu lagu patriotik Sejahtera Malaysia dan sebuah lagu tema bebas iaitu lagu rasmi Majlis Daerah Kerian yang bertajuk Menuju Kegemilangan.

Pasukan koir telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Puan Mufidah binti Mahfodz, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan koir Majlis Daerah Kerian atas kejayaan ini.