Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA JABATAN/ AGENSI TENIKAL PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH TAHUN 2022

21 DISEMBER 2022 – Satu majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Jabatan/ Agensi Teknikal Peringkat Negeri dan Daerah telah diadakan di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Majlis ini adalah bagi menghargai usaha dan kerjasama Jabatan/ Agensi Teknikal yang telah membantu membekalkan data MURNInets kepada Majlis Daerah Kerian sehingga dianugerahkan Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021 serta Tempat Ke-3 Anugerah Bandar Mampan Terbaik 2022.

 

Turut disampaikan adalah sijil penghargaan kepada Jabatan/ Agensi Teknikal yang telah mengemukakan ulasan teknikal bagi permohonan pelan pemajuan dalam tempoh ditetapkan sehingga membantu Majlis Daerah Kerian mencapai 100% permohonan pelan pemajuan berjaya diselesaikan dalam tempoh piagam.

 

Sebanyak 22 Jabatan/ Agensi Teknikal hadir bagi menerima sijil penghargaan dan cenderahati yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Tuan Helmi bin Yusof@Jusoh. Hadir sama ke majlis tersebut adalah Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Puan Norhafisah binti Haji Mohamad, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Bahagian serta Ketua Unit Majlis Daerah Kerian.

 

Pada majlis tersebut juga, satu taklimat ringkas berkaitan Sustainable Development Goals (SDGs), Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) dan MURNInets telah diadakan yang mana telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap Majlis Daerah Kerian, TPr Haji Anas bin Dolah.